Timbalan Perdana Menteri Australia Berselingkuh Dengan Bekas Staf Hingga Hamil | My Malaysian Post

Timbalan Perdana Menteri Australia Berselingkuh Dengan Bekas Staf Hingga Hamil

Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce menyifatkan berakhirnya bahtera rumah tangganya sebagai salah satu kegagalan terbesar dalam hidupnya.

Perpisahan itu berlaku selepas Joyce, 50, dilaporkan mempunyai hubungan dengan bekas penasihat medianya, Viki Champion, 33,  hingga wanita itu mengandungkan bayinya.

Joyce yang hadir dalam ABC 7.30, berkata perpisahan dengan isterinya itu sangat menyakitkan bagi semua yang terlibat. Pasangan itu mempunyai empat anak hasil perkahwinan selama 24 tahun.

“Saya tidak berbangga dengan hal ini,” katanya yang menerima kritikan daripada banyak pihak malah ahli Parlimen Adam Bandt menyifatkan tindakan Joyce sebagai sangat tercela.

Vikki Campion

Akhbar Daily Telegraph pula telah memuatnaik gambar Vikki yang sedang hamil di muka depan akhbar itu semalam dengan artikel yang memperincikan mengenai hubungan tersebut.

Joyce bagaimanapun berkata kehidupan peribadinya tidak sepatutnya dibincangkan di depan umum. Beliau menuduh wartawan mengejar kisah hidupnya itu atas nama kebebasan maklumat.

Beliau turut menolak untuk membahaskan mengenai hubungan dengan Vikki kerana ia berlaku ketika mereka bekerja bersama-sama.

“Saya rasa itu tidak tepat, saya kira itu tidak tepat untuk ahli politik yang lain juga. Saya pikir anda harus membuat keputusan yang berbeza tidak mengubah Australia menjadi Amerika Syarikat,” katanya.

Sementara itu, isteri Joyce, Natalie dalam satu kenyataan memberitahu keadaan ketika ini amat mengecewakan apatah lagi beliau telah mengorbankan kerjayanya semata-mata untuk menyokong Joyce dalam kerjaya politiknya.

“Kehidupan keluarga kami terpaksa dikongsi sepanjang karier politik Barbaby dan atas nama kepercayaan kami membiarkan kakitangan (kempen) masuk ke rumah dan kehidupan kami.

“Secara semulajadi kami merasa tertipu dan terluka dengan tindakan Barnaby dan staf yang terlibat itu,” katanya. – suaraTv

Related Posts