Program Menyantuni Anak Yatim Kariah Masjid Hussain Seremban 2

SEREMBAN, 30 NOV – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan kerjasama Mydin Seremban 2 telah mengadakan Program Menyantuni Anak Yatim Kariah Masjid Hussain Seremban2 bertempat di Perkarangan Mydin Seremban 2.

Pihak MAINS memperuntukkan sebanyak RM8,000 beserta barangan keperluan persekolahan bagi diagihkan kepada 40 anak yatim tersebut dimana setiap seorang menerima RM200.

Selain itu, Mydin juga turut menyumbang satu beg sekolah untuk setiap penerima bantuan.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

Related Posts