Penyampaian Bantuan Asnaf Fakir Dan Miskin Baitulmal Daer

GEMAS, 07 NOV – Seramai 260 asnaf fakir dan miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Gemas telah menerima bantuan tambahan di dalam Program Penyampaian Bantuan Asnaf Fakir dan Miskin Baitulmal Daerah Tampin bertempat di Masjid kariah Kampung Pasir Besar, Gemas, hari ini.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Tampin telah memperuntukkan sebanyak RM26,000 bagi diagihkan kepada para asnaf yang hadir.

Perasmian dan penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Gemas, YB Dato’ Abd Razak Ab Said.

Selain itu, turut diadakan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Pengurus Al-Iman Motivation and Training, Ustaz Mohamad Hanafiah Abd Malek.

Hadir sama, Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said.

Di dalam ucapan aluannya, beliau turut menyatakan bahawa cawangan terbaru bagi Pejabat Baitulmal Daerah Tampin yang bakal dibuka pada 15 November 2017 bertempat di Gemas ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan asnaf yang tinggal berdekatan agar dapat berurusan dengan pihak Baitulmal dengan lebih mudah.

Turut hadir, Pegawai Baitulmal Daerah Tampin, Ustaz Zahid Mohamad; Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Pilah, Ustaz Hasbollah Ahmad dan Pengerusi JKKK Kampung Pasir Besar, Encik Ibrahim Tehah.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/
Unit Media MAINS : Siti Shafrizan Nur

Related Posts