Majlis Tilawah Al-Quran India Muslim Ke-17

SEREMBAN, 05 NOV – Majlis Tilawah Al-Quran India Muslim Peringkat Negeri Sembilan Kali Ke-17 telah diadakan bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ini telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Antara objektif majlis ini dilaksanakan ialah menggabungkan dan mengekalkan silaturrahim antara masyarakat India Muslim di Negeri Sembilan serta mencungkil bakat masyarakat India Muslim di dalam bacaan Al-Quran, Wudhu’ dan Azan.

Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Syarahan telah disertai oleh peserta-peserta dari enam daerah di sekitar Negeri Sembilan.
Bahagian Seremban dan Rasah telah dinobatkan sebagai Pemenang Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan Kali Ke 17.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri KIMMA Kebangsaan, Puan Rohaini Datuk Seri Syed Ibrahim dan Pengerusi KIMMA Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden KIMMA Kebangsaan, Tuan Haji Syed Mohd Ali Syed Mohamed.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/
Unit Media MAINS : Nurizyan / Azlan

Related Posts