Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SMA Nilai | My Malaysian Post

Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 SMA Nilai

NILAI, 03 FEB – Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Kali Ke-17 Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai telah diadakan bertempat di Dewan Besar sekolah berkenaan, hari ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Haji Kamal Amran Kamarudin hadir menyempurnakan majlis perasmian program ini.

Sebanyak enam anugerah membabitkan pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan empat telah disampaikan antaranya Anugerah Kedudukan Dalam Tingkatan, Mata Pelajaran Terbaik Menengah Rendah, Mata Pelajaran Terbaik Menengah Atas, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Terbaik, Anugerah Huffaz Harapan 2017 dan Anugerah Nilam.

Lebih membanggakan lagi, seramai 24 pelajar sekolah ini telah mendapat keputusan cemerlang 10A, 9A, 8A dan 7A dalam PT3 dan tiga pelajar telah menerima Anugerah Huffaz Harapan 2017 dimana mereka berjaya menghafaz ayat suci Al-Quran melebihi sukatan hafazan yang telah ditetapkan.

Selain itu, turut diadakan penyampaian Anugerah Khas SARANA, Anugerah Khas Persatuan Ibu Bapa Komuniti dan penyampaian sijil cenderamata kepada Ahli Jawatan Kuasa PIBG bagi tahun 2016-2017.

Hadir sama ,Pengetua SMA Nilai, Puan Suriah Ghazal dan Yang Dipertua PIBG SMA Nilai, Prof Mansor Mohd Annuar.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

#UnitMediaMAINS : Siti Shafrizan Nur/ Azlan

Related Posts