Main Air Sambil Berhibur Di Bangi Wonderland

MUSIM cuti persekolahan sudah pun bermula, bukan sahaja golongan pelajar malahan ibu bapa turut tidak sabar menantikan waktu ini untuk diluangkan bersama anak-anak.

Pasti pusat peranginan dan taman rekreasi menjadi buruan ibu bapa bagi memanfaatkan musim cuti dengan pelbagai aktiviti menarik.

Tidak kurang juga para ibu bapa yang sanggup menghabiskan cuti hujung tahunan pada hujung tahun bagi memastikan masa berkualiti bersama anak-anak tidak dipinggirkan.

Tapi bagi mereka yang tinggal di ibu kota atau tidak boleh bercuti panjang tu, jangan sedih pula sebab Bangi Wonderland kan ada!

Di sini, terdapat 16 tarikan aktiviti air yang memberikan deruan adrenalin berbeza, mengikut tahap keberanian masing-masing.

Bagi mereka yang membawa anak kecil, jangan bimbang kerana ada sudut khas buat mereka untuk berseronok sambil bermain air.

Kid’s Adventure

Seksyen Kid’s Adventure yang direka ala-ala kapal lanun sesuai dijadikan pusat aktiviti seisi keluarga kerana struktur taman permainannya yang interaktif dan selamat digunakan.

Bukan bermakna sudut lain tidak selamat, cuma paras air di sini tidak terlalu dalam dan lebih mesra kanak-kanak.

Replika tengkorak ala lanun juga sesuai menjadi latar belakang gambar bersama keluarga tercinta!

Meander River

Yang remaja pula bolehlah mencuba aktiviti yang sedikit mencabar, melambung di udara dan menyelam ke dalam kolam air sejuk melalui Water Cannon yang didakwa pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Pastikan jaket keselamatan dipakai sebelum mencubanya!

Antara tarikan lain yang ada adalah Anaconda Trail, Body Slide, Boomerang, Green Pearl, Insane Racer, Magic Funnel, Meander River, Pirates Bay, Pirates Spa, Spiralax, The Fall, Typhoon River dan Wonder Loop.

Water Cannon

Magic Funnel

Istimewa sempena musim cuti sekolah ini, Bangi Wonderland akan membawakan beberapa artis terkemuka tanah air ke taman tema ini.

Program yang dipanggil ‘Gempak Giler’ itu membariskan Awie, Amy Search, Siti Nordiana, Ameng Spring, Khalifah, Projector Band dan Nico G sebagai selebriti yang akan menghiburkan pengunjung di Bangi Wonderland bermula 2 Disember ini.

Showcase Selebriti

Mereka akan mengadakan showcase pada hujung minggu bermula pukul 2 petang pada Sabtu dan Ahad, untuk minggu-minggu terpilih.

Sempena musim cuti ini juga, Bangi Wonderland akan menawarkan harga promosi sebanyak RM150 untuk empat orang (pemilik MyKad) dan RM180 untuk empat orang bagi bukan warganegara.

Harga asal bagi seorang dewasa adalah RM58 (MyKad) dan RM70 (bukan warganegara; RM48 seorang bagi kanak-kanak yang berukuran 90 hingga 130 sentimeter (MyKad) dan RM60 (bukan warganegara); warga emas dan orang kelainan upaya dikenakan separuh harga bayaran, manakala kanak-kanak di bawah 90 sentimeter pula boleh masuk percuma.

Sumber – mstar

Related Posts