'Macam Ni La Melayu, Berkira'- Ingin Upah RM100 Untuk Makeup Sanding & Nikah, Jurusolek Pula Ini Dimaki | My Malaysian Post

‘Macam Ni La Melayu, Berkira’- Ingin Upah RM100 Untuk Makeup Sanding & Nikah, Jurusolek Pula Ini Dimaki

Persiapan untuk majlis perkahwinan sememangnya rumit, setiap perkara harus diambil perhatian supaya majlis akan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, antara perkara wajib yang bakal pengantin akan selesaikan sebelum berlangsungnya majlis adalah dengan mengupah jurugambar, juruvideo dan jurusolek.

Pastinya ketika berurusan, bakal pengantin akan cuba mendapatkan harga terbaik tetapi bergantung kepada servis yang mereka inginkan. Jangan lah minta murah sehingga tak masuk akal. Ini yang berlaku kepada jurusolek ini, sudah la minta murah selepas itu request guna jenama makeup mahal lagi tu.

‘Cari orang lain yang kena dengan budget..’

Pengguna Facebook bernama Afif Suhaimi berang apabila isterinya dimaki pelanggan yang ingin upah dengan harga tak masuk akal. Isterinya merupakan jurusolek sambilan. Ia bermula apabila isterinya dihubungi oleh seorang pelanggan yang inginkan servis makeup di hari nikah dan persandingan.

Pelanggan itu juga meminta supaya menggunakan jenama makeup mahal tetapi masalahnya, dia hanya ingin bayar RM100 sahaja. Baca perbualan di bawah.

‘Sis nak bajet acah bagus dengan saya ni kenapa?’

Sumber: OB

Related Posts