Lumpuh Sebelah Muka, Wanita Ini Kongsi ‘Rahsia’ Semakin Pulih Tidak Sampai Dua Minggu

Sakit tidak kenal usia. Bila-bila masa sahaja, ia boleh datang menziarah. Apa yang penting adalah kita kuatkan semangat melawan penyakit tersebut dan jangan cepat mengalah yang akhirnya akan membuatkan seseorang itu putus asa. Itulah yang dilakukan Abaya Fiona yang mengalami Bellpalsy atau lumpuh sebelah muka.

Reda dengan ketentuan-Nya, Fiona mengambil takdir ini secara positif dengan tidak berputus asa untuk merawat dirinya. Walaupun doktor telah pun menyatakan tiada apa-apa yang boleh dilakukan, namun Fiona yakin dirinya akan kembali pulih seperti sedia kala menerusi beberapa langkah rawatan. Semangat dan usahanya nampaknya membuahkan hasil. Hari ini, Fiona pulih 60%. Membawa kisahnya ke Facebook, moga perkongsian ini dapat memanfaakan mereka senasib dengannya.

Antara punca. Ambil perhatian!

 

Jika demam lebih seminggu, jumpa doktor!

Bagaimana merawatnya?

Sesungguhnya Fiona tak pernah kesali dengan apa yang terjadi. Tidak sedih walaupun sedikit. Suami banyak bagi sokongan, Fiona jadi semakin kuat. Cuma bila doktor cakap dia tak dapat buat apa-apa, Fiona mungkin akan begini dalam tempoh setahun baru menitis sedikit air mata. Tapi Fiona berazam pada diri sendiri, ‘aku kena kuat!’ ‘aku kena sembuh cepat!’.

Alhamdulillah! Sekarang tak sampai dua minggu Fiona dah 60% sembuh. Ini semua kuasa Allah Taala. Mata pun dah dapat pejam. Mulut dah tak herot sangat cuma minum air masih meleleh. Dan juga pergi berubat pada tempat yg betul. 

Tok sah p tok bomoh tipu semua tu. Nanti boleh check dekat wall Abaya Fiona akan share tempat urutan saraf..

Sumber: Facebook Abaya Fiona

Sumber : OB

Related Posts