Datang lambat sikit kecoh satu Malaysia – Fathia

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fathia Latiff, mendedahkan ada produksi dengan mudah membuat penilaian tidak baik terhadap beliau tanpa melihat kebaikan dalam dirinya.

Meluahkan perasan di Twitter, pelakon sensasi itu berkata, pihak berkenaan sering mencari kesalahan dirinya, kononnya beliau kerap lewat ke lokasi penggambaran.

“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya.

“Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. (Kalau) Nak cari kesalahan orang, laju saja,” katanya.

Tidak mendedahkan syarikat produksi terbabit, Fathia bagaimanapun mengatakan ia bukanlah nama yang begitu dikenali dalam dunia seni tempatan.

Dalam pada itu, beliau pelik dengan sikap produksi berkenaan yang mahu barisan pelakonnya bekerja dengan sempurna, namun, pihak terbabit didakwanya tidak pun menguruskan kerja mereka dengan baik.

“Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun ‘cincai’ (sambil lewa). Sempat lagi nak tuding jari.

“Bukan main mereka nampak keburukan orang lain! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta.

“Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak ‘hauk’ (teruk). Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya,” tegasnya. – BH

Related Posts