Bunuh Diri, Gadis 18 Tahun Ini Minta Pemandu Teksi Rakam Aksinya Terjun Jambatan

Nittaya Sawasdiwan, seorang gadis berusia 18 tahun telah membunuh diri dengan melompat dari jambatan namun sebelum melakukan perbuatan itu, dia telah meminta seorang pemandu teksi untuk merakamkan aksi berkenaan.

Gadis itu juga meminta pemandu teksi menyiarkan siaran langsung di Facebook.

Seperti yang dilaporkan oleh Mirror, seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Pataradan Noomsrinart, bersetuju dengan permintaan Nittaya dengan bayaran RM62.27.

Jambatan yang membahagikan Sungai Chao Phraya di Bangkok, Thailand, telah dipilih oleh Nittaya sebagai lokasi bunuh diri pada Selasa lepas.

Mayat Nittaya ditemui dua hari selepas kejadian itu. Motif Nittaya belum diketahui untuk mengakhiri hidupnya.

Pemandu teksi masih dalam siasatan polis mengenai peranannya dalam merakam bunuh diri Nittaya. Dia dikecam ramai kerana membantu merakamkan kejadian itu dan kemudiannya meminta bayaran sedangkan dia sepatutnya menyelamatkan gadis berkenaan.

Related Posts