Bicara Sufi Sempena Majlis Sambutan Maulidul Rasul

SEREMBAN, 30 NOV – Majlis Maulid Al Rasul 1439H telah diadakan bertempat di Balai Kediaman Rasmi Yang Teramat Mulia Undang Luak Sungei Ujong, Seremban.

Kebawah Kaus YTM Undang Luak Sungei Ujong, YTM Dato’ kelana Petra Dato’ Haji Mubarak Dohak berkenan hadir ke majlis tersebut.

Selain itu, satu forum Bicara Sufi berkaitan Maulidur Rasul telah diadakan dengan penel pertama dari Ketua Jabatan Pengajian Bahasa Dan Linguistik Arab Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Muhammad Firdaus Haji Abdul Manaf manakala penel kedua adalah Pensyarah Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Faudzinaim Haji Badarudin serta dimoderatorkan oleh YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Al Fadhil Ustaz Mohd Zaidi Ramli.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yb Sohibus Samahah Dato’ Haji Yusof Haji Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ampangan, Yb Dato’ Haji Abu Ubaidah Haji Dato’ Haji Redza dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/
Unit Media MAINS : Siti Shafrizan Nur / Azlan

Related Posts