3 JENIS KES VIRAL MINTA BANTUAN

Sepanjang pengalaman kerja sosial, kes-kes viral minta bantuan ni ada 3 jenis:

1. Menipu
Jenis ni memang niat dari awal nak menipu nak dapatkan duit. Sebabkan orang kita ni memang mudah simpati, jadi memang senang nak buat duit. Kes-kes simpati ni paling senang viral sebab orang akan kesian. Contoh, ambil gambar orang sakit buat cerita kesian letak no akaun mesti ada yang baik hati sedekah.

2. Ambil Kesempatan
Jenis ni biasanya memang dah dapat bantuan tapi sebabkan nak duit lebih jadi gunakan alasan susah untuk raih simpati. Biasanya kes macam ni dia takkan bagitau yang dia dah dapat bantuan sebab nanti orang dah tau dia ada dana lain. Contoh, perlukan duit untuk kos perubatan RM20k untuk rawatan jantung. RM19k dah dapat dari unit sosial hospital, RM1k lagi dah dapat dari institusi lain. Jadi dia akan viralkan kes sendiri yang perlukan dana RM20k tapi tak bagitau yang semua kos dah ditanggung.

3. Kes Betul
Kes macam ni memang ada dan ini yang patut dibantu. Biasanya orang macam ni bukan dia sendiri yang viral tapi orang lain. Kadang-kadang dia tak tau cara nak mohon dan tak tau pun ada institusi yang boleh bagi bantuan. Jadi sebagai orang yang dah tau boleh buat laporan dekat institusi yang berkaitan macam JKM/Baitulmal untuk bantu dia.

Kesimpulannya, bukan semua kes viral tu betul, tapi tak semuanya menipu. Sepanjang pengalaman, jenis 1 dan 2 ni banyak kali jadi dan jenis 3 ni jarang nampak tapi ada. Jadi pastikan sahih sebelum tekan butang “share”.

#zakat

Sumber : MAINS

Related Posts