Misi Bantuan Banjir MAINS ke Pulau Pinang

TASEK GELUGOR, 10NOV – Seramai kira-kira 20 kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menyertai Misi Bantuan Banjir MAINS ke Pulau Pinang yang dijalankan pada 9 dan 10 November 2017.

Program ini merupakan anjuran MAINS yang terdiri daripada Unit Kaunseling, Unit Kewangan dan Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Skuad Misi Bantuan Banjir telah berlepas dari Menara MAINS kira-kira jam 10 malam pada 9 November 2017 dan selamat tiba di Tasek Gelugor, Seberang Perai Pulau Pinang pada keesokan paginya.

Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Pejabat Agama Islam daerah Butterworth, Pulau Pinang dan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/
Unit Media MAINS : Nurizyan

Related Posts