14 cedera kemalangan tiga kenderaan

GOPENG 6 Dis. – Seramai 14 orang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 294.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kemalangan pada pukul 5.30 pagi itu menyebabkan 12 penumpang bas ekspres cedera, pemandu bas dan pemandu treler.

Katanya, pemandu dan kelindan lori yang membawa kertas tidak mengalami kecederaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan ini pada 5.41 pagi.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Posts